Bismillah..
Suatu hari diriku dikejutkan dengan sebuah pertanyaan..
"Ada seorang insan sedang mencari gadis untuk dijadikan teman hidupnya, awak dah berpunya ke?" begitulah lebih kurang pertanyaan yang diperolehi..
"apa pun awak istikharah dulu lah ye" sambungnya lg..
beberapa hari setelah itu istikaharah dibariskan memohon petunjukNya.. Insan yang sedang mencari itu tidaklah diketahui.. siapakah gerangannya, apakah namanya, dari manakah dia.. Semua menjadi tanda tanya yg masih belum ada buat masa itu.. Alhamdulillah, aku sudah punya jawapan..
"Bagaimana? Sudah ada jawapan?" Tanya orang tengah
"alhamdulillah nampaknya positif" jawabku melalui telefon
"Sudah solat istikaharah?" tanyanya lanjut
"Sudah" jawabku
"ok, insya'Allah nanti saya bincang dengan empunya diri dan kemudian inform awak" katanya lagi..
"sedikit mengenai dia.. ..." demikianlah sedikit penerangan mengenai lelaki itu..
dan sedikit soal jawabnya kpd ku untuk mengenaliku.. dan untuk diberitakan kepada calon tersebut..
beberapa hari kemudiannya..
"insya'Allah kami akan datang hari Rabu untuk tujuan ziarah" kata orang tengah..
"ok insya'Allah" isyarat faham..
seperti yang dijanjikan, mereka datang ke rumah pd hari rabu namun waktu itu diriku tidak ada d rumah. Berada di tempat kursus, menjadi fasi di sana untuk 4 hari. mereka maklum jam 6 petang diriku pulang ke rumah. Mereka tunggu sehingga diriku pulang.. setibanya diriku dirumah;
"Assalammua'laikum.. ustaz.." Memasuki rumah sambil menyapa kpd org tengah dan berlalu dari situ menuju ke bilik.
sesudah itu diriku mengambil wudhu' dan menunaikan solat asar.. seusai solat pintu diketuk, ayah memaklumkan mereka keluar sekejap untuk membeli cincin untukku.. Subhanallah terkejut diriku dibuatnya.. Masya'Allah.. Alhamdulillah.. cincin contoh diminta untuk mengetahui saiz jariku..
maka bertukarlah ZIARAH kepada RISIK.. alhamdulillah..
ku dimaklumkan ayah, minggu depan mereka datang untuk tujuan pertunanganku.. masya'Allah sekali lagi diriku dikejutkan dengan berita itu. Subhanallah,..
2 Mac 2011; Seperti yg dijanjikan, rombongan datang membawa dulang hantaran, berlakulah haripertunanganku pada hari itu.. Pada hari itu, diriku dimaklumkan bahawa pada 26/27 Mac 2011 akan dilansungkan pernikahan dan perkahwinanku.. Subhanallah..
Namun dengan izin Allah, pernikahan berlaku lebih awal daripada masanya; 19 Mac 2011.. alhamdulillah..
dan kini diriku sudah bergelar isteri bg seorang suami yang tidak pernah ku kenali sebelum ini. Inilah pilihan Allah untuk diriku.. Alhamdulillah.. syukurku padaNya, pemilik cintaku..
26 Mac 2011; Allah izin majlis perkahwinanku berlaku dalam kesederhanaan.. Kerana dalam masa yang singkat semua ini berlaku, maka ada yang ku terlepas pandang untuk menjemputnya.. sudilah memaafkan diriku..
alhamdulillah ya Allah.. jika sudah jodoh, akan Allah mudahkan jalannya... kini ku yakini.. Masya'Allah..
inilah kisah KAKAKU..
p/s: hindarilah diri kamu dari BERCOUPLE.BERCOUPLE itu hanya dapat dosa dan xde manfaatnya.janganlah risau tentang jodohmu..suatu hri nanti Allah akn ketemukan juga..kalau drimu baik,Allah akan bgi lelaki yang baik juga..(menjaga perhubungan dengan Allah) walaupun xCOUPLE kte akan ketemu juga..Insya Allah..
No comments:
Post a Comment